Pada hari Sabtu, 19 Oktober 2013, telah berlangsung pertandingan futsal dan bola jaring terbuka di SK Kampung Masjid. Pihak sekolah telah menghantar 1 pasukan futsal Lelaki dan 1 pasukan Bola Jaring perempuan. Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut:
Futsal
Johan- SK Kampung Selanyau
Naib Johan - SK Kampung Angus
Ketiga- SK Kampung Masjid
Bola Jaring
Johan- SK Tawakkal Satap
Naib Johan- SK Kampung Selanyau
Ketiga- SK Kampung Masjid
Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kerana telah berjaya mendapat Johan (Futsal) dan Naib Johan (Bola Jaring). Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.
Saturday 19 October 2013
Sunday 29 September 2013
Kejohanan Olahraga Jemputan SK Keluru Tengah
Salam 1 Murid 1 Sukan semua. Pada 29 September 2013(AHAD), pihak sekolah telah menghantar pasukan kuartet olahraga 4x100m, 4x200m serta acara pecut 100m dan 200m untuk lelaki dan perempuan ke SK Keluru Tengah. Pasukan Olahraga sekolah telah diiringi oleh Cikgu Mohd.Fazli(GPK 1) dan Ustaz Muhammad Farhan Afif (GPK Kokurikulum).Acara jemputan ini turut disertai oleh SK Bekenu. Murid yang telah menyertai pasukan lelaki ialah Hairunazimad Harun, Abdul Haqil Aspar, Mohd Hasif Joni,dan Mohd Bahraniyatul Danial Bahmin. Manakala pasukan perempuan pula diwakili oleh Nurul Fariha Bakar, Hazira Hamdan, Nuramishabila Harun dan Nor Shafira Ariyana Srijaya. Alhamdulillah, setelah penat berlari, pasukan SK Kampung Selanyau telah berjaya melakar beberapa kejayaan. Antaranya ialah:
Johan
1.) 100m Lelaki- Hairunazimad Bin Harun
2.) 200m Lelaki- Abdul Haqil Bin Aspar
3.) 4x100m- Hairunazimad Bin Harun, Abdul Haqil Bin Aspar, Mohd Hasif Bin Joni, Mohd Bahraniyatul Danial Bin Bahmin
4.) 4x200m- Hairunazimad Bin Harun, Abdul Haqil Bin Aspar, Mohd Hasif Bin Joni, Mohd Bahraniyatul Danial Bin Bahmin
Naib Johan
1.) 100m Lelaki- Abdul Haqil Bin Aspar
Tempat Ketiga
1.) 200m Perempuan- Nur Afidatul Hazira Bt Hamdan
Berikut merupakan gambar- gambar menarik sepanjang kejohanan berlangsung;
Menunggu acara bermula.. |
Satu-satunya murid perempuan yang mendapat medal... |
Bersama ustaz Farhan setelah lari 4x100m.. |
Menerima Medal Acara 100m-Lelaki (Johan dan Naib Johan) |
Penerima Medal 200m Lelaki (Johan) |
Tempat Ketiga 200m - Nur Afidatul Hazira Bt Hamdan |
Bergambar sebelum pulang.. |
Bersama medal kilauan emas dan perak... |
Ya..Kami telah berjaya..Alhamdulillah.. |
Friday 27 September 2013
Kem Sukan Permainan Bola Tampar dan Bola Baling 2013
Salam 1 Murid 1 Sukan. Pada 27 September 2013, pihak sekolah telah menjalankan satu program Bengkel Sukan Permainan Bola Tampar dan Bola Baling. 2 orang guru telah ditugaskan untuk memberikan sedikit ceramah tentang sejarah permainan, asas kemahiran permainan, peraturan permainan dan sedikit ansur maju serta tayangan video. Cikgu Mohd.Fazli Bin Mohd.Ramli telah ditugaskan untuk memberikan ceramah bola tampar manakala Cikgu Mohamad Taufik pula memberikan ceramah permainan bola baling. Selepas ceramah diberikan, murid melakukan praktikal di atas gelanggang. Berikut merupakan gambar- gambar di sepanjang program berlangsung:
Banner program 1 Murid 1 Sukan... |
Ceramah oleh Cikgu Mohamad Taufik... |
Murid mendengar ceramah... |
Murid melakukan gaya lontar bola... |
Murid- murid memberi tumpuan... |
Monday 23 September 2013
Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Subis
Hai semua. Pada 20, 21 dan 22 September 2013 yang lalu, pihak sekolah ini telah menghantar seramai 14 orang murid ke Perkhemahan Pengakap peringkat Daerah Subis. Murid- murid ini perlu menghadiri skim Lencana Keris Gangsa. Guru yang mengiringi pasukan pengakap SK Kampung Selanyau ialah Encik Mohd.Fazli Bin Mohd.Ramli dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Farhan Afif Bin Othman. Sepanjang program ini berlansung, murid diajar cara hidup berdikari dan berdisplin dalam menguruskan diri mereka. Seorang daripada murid ini telah dipilih sebagai peserta kanak- kanak perempuan terbaik iaitu adik Siti Nur Ain Humaira. Beliau merupakan murid Tahun 3 di sekolah ini. Tahniah di ucapkan kepada adik Ain dan Syabas juga diucapkan kepada semua peserta kerana telah menjaga nama baik sekolah dan menamatkan program perkhemahan ini dengan baik. Berikut merupakan gambar2 murid ini:
Saturday 6 July 2013
Acara Jemputan Kejohanan Olahraga SK Bekenu
Salam Satu Murid Satu Sukan. Pada 6 Julai 2013, murid SK Kampung Selanyau telah menyertai Acara Jemputan untuk Kejohanan Olahraga di SK Bekenu untuk acara 4x400m. Pasukan lelaki sekolah ini diwakili oleh adik Hairunazimad, Hasif, Haqil dan Danial. Manakala pasukan perempuan pula diwakili oleh adik Fariha, Ezween, Hazira dan Mishabila. Tahniah diucapkan kepada pasukan lelaki kerana mendapat johan di dalam acara 4x400m dengan mengalahkan 7 sekolah yang lain. Berikut merupakan gambar- gambar mereka:
Thursday 17 January 2013
Latihan Pusat Kejohanan Olahraga MSSR Peringkat Zon Sibuti 2013
Menjelang Kejohanan MSSR Peringkat Zon Sibuti pada 25 dan 26 Januari 2013 nanti, semua murid yang telah dipilih untuk mewakili sekolah, telah hadir pada setiap petang. Mereka telah bersungguh- sungguh menuntut ilmu dalam bidang olahraga iaitu balapan (dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Farhan Afif Bin Othman) dan Acara Lontar Peluru ( dikendalikan oleh Encik Mohd.Fazli Bin Mohd Ramli). Semoga Murid- murid yang dipilih mewakili SK Kampung Selanyau berjaya di dalam setiap acara yang dipertandingkan...Dan kepada atlit termuda iaitu Anis Suhaila Bt Ahmad Mujid (Tahun 3) yang akan mewakili acara lontar peluru (10tahun), Kuatkan semangat dan Semoga berjaya..
Thursday 3 January 2013
Kehadiran Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ke Sekolah Kami..
Hari ini, pada jam 12 tengahari, Ahli Parlimen P.218, Sibuti Yang Berhormat Tuan Hj Ahmad Lai Bin Bujang telah datang ke sekolah kami. Beliau hadir kerana ingin menyampaikan insentif kecemerlangan UPSR 2012 kepada 2 murid sekolah ini yang telah mendapat 5A dan seorang 4A 1B. Kedua- dua murid ini telah dapat memasuki Sekolah Menengah Sains Miri (Azura Bt Othman) dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor ( Nor Aisyah Noriamin Bt Juki). Manakala yang mendapat 4A 1B ( Norul Athira Bt Pi'ee) pula telah ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Kuching. Tahniah diucapkan kepada mereka. Dan tidak lupa juga kepada YB Ahli Parlimen Sibuti iaitu YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang, Terima Kasih kerana telah banyak menabur budi dan bakti kepada pembangunan akademik dan infrastruktur Sekolah di Daerah Kami umumnya dan SK Kg Selanyau khususnya. Jasa YB Ahli Parlimen tidak akan kami lupakan. Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang...
Wednesday 2 January 2013
Selamat Datang Kepada Semua Murid dan Guru
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2013. Semua murid telah memulakan sesi Pembelajaran seawal jam 0710 pagi. Bagi murid darjah 1, tiada masalah dilaporkan. Tiada kes menangis atau murid tidak mahu ke sekolah. Semuanya berjalan lancar atas kecekapan Puan Zaidah Bt Jumat melaksanakan Program Transisi bagi murid Tahun 1. Kelas- kelas lain juga tiada sebarang masalah dilaporkan.
Tahniah diucapkan kepada SK Kampung Selanyau kerana telah mendapat peratus kelulusan 83.33% dalam keputusan UPSR 2012. Sekolah ini juga telah menghasilkan 2 calon cemerlang UPSR 5A (Azura dan Aisyah) serta 1 orang 4A 1B (Athirah). Kedudukan sekolah dalam Pejabat Pelajaran daerah Subis juga adalah di tempat Ke-4 daripada 44 buah sekolah, dengan GPS sekolah 2.2.
Semoga SK Kampung Selanyau akan lebih sukses lagi pada masa akan datang..
Tahniah diucapkan kepada SK Kampung Selanyau kerana telah mendapat peratus kelulusan 83.33% dalam keputusan UPSR 2012. Sekolah ini juga telah menghasilkan 2 calon cemerlang UPSR 5A (Azura dan Aisyah) serta 1 orang 4A 1B (Athirah). Kedudukan sekolah dalam Pejabat Pelajaran daerah Subis juga adalah di tempat Ke-4 daripada 44 buah sekolah, dengan GPS sekolah 2.2.
Semoga SK Kampung Selanyau akan lebih sukses lagi pada masa akan datang..
Subscribe to:
Posts (Atom)