Salam 1 Murid 1 Sukan semua. Pada 29 September 2013(AHAD), pihak sekolah telah menghantar pasukan kuartet olahraga 4x100m, 4x200m serta acara pecut 100m dan 200m untuk lelaki dan perempuan ke SK Keluru Tengah. Pasukan Olahraga sekolah telah diiringi oleh Cikgu Mohd.Fazli(GPK 1) dan Ustaz Muhammad Farhan Afif (GPK Kokurikulum).Acara jemputan ini turut disertai oleh SK Bekenu. Murid yang telah menyertai pasukan lelaki ialah Hairunazimad Harun, Abdul Haqil Aspar, Mohd Hasif Joni,dan Mohd Bahraniyatul Danial Bahmin. Manakala pasukan perempuan pula diwakili oleh Nurul Fariha Bakar, Hazira Hamdan, Nuramishabila Harun dan Nor Shafira Ariyana Srijaya. Alhamdulillah, setelah penat berlari, pasukan SK Kampung Selanyau telah berjaya melakar beberapa kejayaan. Antaranya ialah:
Johan
1.) 100m Lelaki- Hairunazimad Bin Harun
2.) 200m Lelaki- Abdul Haqil Bin Aspar
3.) 4x100m- Hairunazimad Bin Harun, Abdul Haqil Bin Aspar, Mohd Hasif Bin Joni, Mohd Bahraniyatul Danial Bin Bahmin
4.) 4x200m- Hairunazimad Bin Harun, Abdul Haqil Bin Aspar, Mohd Hasif Bin Joni, Mohd Bahraniyatul Danial Bin Bahmin
Naib Johan
1.) 100m Lelaki- Abdul Haqil Bin Aspar
Tempat Ketiga
1.) 200m Perempuan- Nur Afidatul Hazira Bt Hamdan
Berikut merupakan gambar- gambar menarik sepanjang kejohanan berlangsung;
Menunggu acara bermula.. |
Satu-satunya murid perempuan yang mendapat medal... |
Bersama ustaz Farhan setelah lari 4x100m.. |
Menerima Medal Acara 100m-Lelaki (Johan dan Naib Johan) |
Penerima Medal 200m Lelaki (Johan) |
Tempat Ketiga 200m - Nur Afidatul Hazira Bt Hamdan |
Bergambar sebelum pulang.. |
Bersama medal kilauan emas dan perak... |
Ya..Kami telah berjaya..Alhamdulillah.. |
No comments:
Post a Comment