Hari ini, pada jam 12 tengahari, Ahli Parlimen P.218, Sibuti Yang Berhormat Tuan Hj Ahmad Lai Bin Bujang telah datang ke sekolah kami. Beliau hadir kerana ingin menyampaikan insentif kecemerlangan UPSR 2012 kepada 2 murid sekolah ini yang telah mendapat 5A dan seorang 4A 1B. Kedua- dua murid ini telah dapat memasuki Sekolah Menengah Sains Miri (Azura Bt Othman) dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor ( Nor Aisyah Noriamin Bt Juki). Manakala yang mendapat 4A 1B ( Norul Athira Bt Pi'ee) pula telah ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Kuching. Tahniah diucapkan kepada mereka. Dan tidak lupa juga kepada YB Ahli Parlimen Sibuti iaitu YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang, Terima Kasih kerana telah banyak menabur budi dan bakti kepada pembangunan akademik dan infrastruktur Sekolah di Daerah Kami umumnya dan SK Kg Selanyau khususnya. Jasa YB Ahli Parlimen tidak akan kami lupakan. Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang...
terbaik
ReplyDeleteterbaik
ReplyDelete